Ceritera Ibu & Anak: 10 KELEBIHAN DEBUNGA LEBAH | FOREVER BEE POLLEN BANTU PULIHKAN MASALAH KESIHATAN

22 Jun 2015

10 KELEBIHAN DEBUNGA LEBAH | FOREVER BEE POLLEN BANTU PULIHKAN MASALAH KESIHATAN

Bee Pollen atau debunga lebah dihasilkan dari madu lebah dan merupakan makanan kepada lebah muda. Ia dianggap sebagai salah satu makanan paling berkhasiat dari alam semulajadi kerana mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Debunga lebah ini kaya dengan protein (lebih kurang 40% protein), asid amino dan vitamin (termasuk B-Complex dan asid folik). Ia terhasil apabila lebah-lebah ini akan hinggap dan menyedut nutrisi dari ribuan spesis bunga yang terdapat di gurun sanoran menjadikan ia makanan tambahan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.



Debunga Lebah adalah sumber makanan yang lengkap dan mengandungi banyak unsur kebanyakannya tidak dihasilkan oleh haiwan lain. Bee Pollen yang dihasilkan oleh lebah ini sangat kaya dengan protein. Ia mengandungi kandungan asid aminio yang tinggi berbanding dengan daging lembu, telur atau keju. Separuh daripada protein dalam bentuk asid amino ini sedia untuk digunakan oleh badan kita pada bila-bila masa.

Tahukah kita bahawa untuk mendapatkan satu sudu kecil debunga lebah ini, seekor lebah perlu bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari selama sebulan untuk mengumpulkan hasilnya. Lama kan? Dan setiap pelet debunga lebah mengandungi lebih 2 juta biji debunga bunga (flower pollen) dan satu sudu kecil mengandungi lebih dari 2.5 bilion biji debunga bunga. Terasa seperti tidak masuk akal tetapi inilah yang sebenarnya.

Berikut adalah 10 RAHSIA KELEBIHAN Bee Pollen atau debunga lebah untuk diet harian anda.




1. Membekal dan Meningkatkan Tenaga - Pelbagai nutrien yang terdapat dalam debunga lebah menjadikannya penggalak tenaga secara semulajadi. Kandungan Karbohidrat, protein dan vitamin B yang terdapat dalam Bee Pollen membantu kekal bertenaga sepanjang hari dengan meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan.

2. Masalah Kerengsaan Kulit - Bee Pollen sering digunakan dalam produk topikal yang bertujuan untuk merawat keradangan dan kegatalan pada kulit  seperti psoriasis atau ekzema. Asid amino dan vitamin melindungi kulit dan membantu pertumbuhan semula sel-sel.

3. Sistem Pernafasan - Bee Pollen mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang membantu mengurangkan masalah atau kesan anti-radang pada tisu paru-paru dan menghalang serangan asma.

4. Merawat Alahan/Alergik - Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan setelah dirawat dengan memberi pesakit tersebut makan oral debunga. Semua masalah kesihatan yang berpunca dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan.Ini membuktikan bahawa debunga lebah adalah SANGAT berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.

5. Sistem pencernaan - Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.

6. Sistem Imun Booster - Debunga adalah baik untuk flora usus dan menyokong sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan kita daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan kita serangan radikal bebas.

7. Merawat Ketagihan/keinginan - Digunakan secara holistik untuk penyembuhan ketagihan dan menghalang keinginan dari terus ketagih. Disebabkan sifat debunga yang mampu menghalang sesuatu keinginan, ia membantu dalam pengurusan penurunan berat badan.

8. Menyokong Sistem Kardiovaskular - Debunga lebah mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.

9. Membantu Masalah Prostat - Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil.

10. Masalah Ketidaksuburan - Debungan Lebah bertindak merangsang  dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormon.

Jadi, mereka yang mempunyai masalah seperti ketidakstabilan hormon, masalah prostat, atau masalah kesihatan lain, boleh la cuba Bee Pollen Forever Living ni.



Hubungi Nana di 019-3088178 untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan stok anda harini.


5 comments:

Rakan Bloggers

Ceritera Ibu & Anak© . Designed by MaiGraphicDesign